1. Secara mengajukan persoalan
Sekiranya masuk waktu belajar atau waktu dia melakukan sesuatu, dengan tidak menyuruhnya atau memarahinya, apakata cuba menanyakan soalan " Bukankah sekarang waktu untuk belajar?"
2. Renung mata anak anda
Dipercayai pakar psikologi ianya dapat mengukuhkan kualiti komunikasi, dengan merenung mata anak ketika berkomunikasi dapat membuatkan anak fokus kepada permintaan / arahan / nasihat kita.
3. Sebut nama anak
Seperti orang dewasa, anak-anak juga suka jika nama mereka dipanggil. Biasakan menggunakan nama kesukaan mereka ketika meminta mereka melakukan sesuatu.
4. Cari waktu yang sesuai
Hindari menyuruh mereka ketika mereka sedang sibuk dengan sesuatu dan tidak fokus dengan permintaan anda. Cuba tanyakan kepada mereka " Ayah dan Ibu lihat kamu sibuk sangat. Bila kamu lapang, kita bincang sebentar ya.. ". Dengan cara itu kita juga mengajar mereka untuk menghormati masa orang lain apabila kita menghormati masa mereka.
5. Sentuh anak dengan lembut
Usapan di kepala, pelukan dan sebarang sentuhan fizikal ibubapa sejak kecil terhadap anak-anak mampu melembutkan hati mereka dan membuatkan mereka akan mendengar nasihat ibubapa.
6. Bantu anak memahami kesalahan
Sekiranya anak-anak menghadapi kesulitan, cuba bantu mereka memahami apa silapnya mereka dan selitkan nasihat dari kita. Lama-kelamaan, kita akan dijadikan tempat rujukan sekiranya mereka bermasalah.
7. Berikan hadiah atau insentif setiap kali arahan / nasihat kita dituruti
8. Jangan bosan mengulang-ulang nasihat yang sama.
9. Berikan anak-anak pilihan
Sekiranya mereka memilih untuk melakukan sesuatu perkara dengan tidak betul, lambat laun mereka akan menyedari kesilapan tersebut dan ibubapa boleh membetulkan mereka
10. Gunakan bahasa yang baik dan lembut
Bergunakah tips-tips ini? Jika YA, ayuh kongsikan agar ramai mendapat manfaatnya ya!
#Saharen
#playgroundbysaharen
#SaharenPlayground
#saharenstructure