10 TIPS MENJADI IBUBAPA CEMERLANG - Bahagian I
Menjadi ibubapa merupakan tugas yang besar. Ianya tak mudah. Berikut dikongsikan 10 TIPS untuk membantu kita semua menjadi ibubapa yang cemerlang.
Ibubapa yang baik adalah ibubapa yang sentiasa cuba melakukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Ibubapa terbaik bukanlah ibubapa yang sempurna tindakannya, tetapi harus diambilkira usaha dan niat mereka dalam memberikan yang terbaik buat anak-anak. Tiada ibubapa yang sempurna, dan begitu juga dengan anak-anak kita, tiada yang sempurna. Ini penting untuk difahami agar âexpectationâ kita tidak terlalu tinggi dan akhirnya kecewa.
Dari 10 TIPS ini, mungkin kita tidak mampu membuat semuanya. Namun walaupun ada sedikit yang berjaya kita laksanakan, sekurang-kurangnya kita bergerak di landasan yang betul.
TIP #01 - Jadilah Contoh Terbaik
Anak-anak mudah terpengaruh dengan tingkahlaku ibubapa dan sekiranya ibubapa menunjukkan contoh teladan yang baik, tentu anak-anak akan mengikuti contoh yang telah dibentangkan di hadapan mereka. Tunjukkan nilai yang positif. Hormati permintaan mereka. Pasti mereka akan mengikut nilai moral yang kita tunjukkan. Pepatah Melayu pun ada mengatakan: Bapa borek, anak rintik!
TIP #02 - Sayangi Mereka + Terjemahkan Melalui Tindakan
Tiada istilah terlebih memberi kasih sayang. Cuma jika kita memilih untuk memberi sesuatu sebagai tukar ganti kasih sayang itu seperti memberi material, tidak ambil peduli, âover-protectionâ dan âlow expectationâ, ketika itu barulah anak-anak akan menjadi âspoiledâ atau terlebih manja.
Menyayangi anak-anak boleh diterjemahkan dengan menghabiskan masa bersama mereka, mendengar masalah mereka, memeluk mereka dan sebagainya. Tindakan-tindakan âsimpleâ ini akan menghasilkan hormon âoxytocinâ iaitu satu hormon baik yang menyebabkan anak-anak tenang, selesa dengan persekitaran kekeluargaannya dan perkembangan emosi yang baik.
Jadi jangan lupa tunjukkan anak-anak yang anda sayangi mereka!
TIP #03 - Amalkan âParentingâ yang tegas dan positive
Setiap bayi dilahirkan dengan sekitar 100 bilion sel otak atau âneuronsâ dan kebanyakan sel ini tidak berhubung. Sel-sel yang berhubung akan membentuk sikap, tingkahlaku, persepsi malah personaliti seseorang. Sel-sel ini akan berhubung apabila bayi itu meningkat dewasa dan melalui pelbagai pengalaman hidup.
Ibubapa dapat memainkan peranan dengan memberikan pengalaman yang positif kepada anak-anak dan ini membantu pembentukan SIKAP yang baik. Sekiranya anak-anak membuat salah, sewajarnya anak-anak tidak dihukum secara âpunitive measuresâ seperti rotan atau pukulan tetapi sebaiknya dijelaskan mengapa tindakan mereka salah dan diterangkan kesan dari perbuatan yang salah itu.
Meletakkan sempadan dan had adalah satu cara yang baik dalam membimbing anak-anak dan ibubapa haruslah âfirmâ dengan sesuatu sempadan itu. Selain itu, bawalah anak-anak ke taman permainan agar mereka dapat mengekspresikan diri mereka dan membentuk tingkahlaku yang baik.
TIP #04 - Jadilah âsafe havenâ kepada anak-anak
Biarkan anak anda tahu bahawa mereka sentiasa ada ibubapa yang sedia membantu, melindungi atau mendengar masalah mereka. Sekiranya mereka tahu mereka mempunyai tempat selamat buat mereka, anak-anak anda tidak takut untuk meneroka dunia luar dan membentuk peribadi diri masing-masing.
Anak-anak yang dibesarkan oleh ibubapa yang responsif kepada keperluan mereka, akan lebih terbentuk dengan baik emosi mereka , mempunyai âsocial skillâ yang lebih baik dan mempunya kesihatan mental yang lebih stabil.
TIP #05 - Bercakap dengan anak-anak dan biarkan otak mereka berintegrasi
Kita sedia maklum kepentingan komunikasi dalam membesarkan anak-anak. Bercakap dengan anak-anak dan sentiasa mendengar apa yang mereka cakapkan. Dengan ini, anak-anak akan terbiasa untuk kembali kepada ibubapa sekiranya mereka memerlukan nasihat dan sebagainya.
Namun, ada satu lagi sebab kenapa komunikasi yang baik harus ada diantara ibubapa dan anak-anak. Ibubapa mampu membantu otak anak-anak mereka berintegrasi
Seperti badan manusia yang mempunyai beberapa organ dalaman yang berbeza dan dengan integrasi yang baik, badan seseorang manusia itu dapat berfungsi dengan sempurna, begitu juga dengan otak. Apabila beberapa bahagian di dalam otak anak-anak kita dapat berintegrasi diantara satu sama lain dengan baik, ianya akan membentuk keperibadian anak-anak kita beserta kesihatan mental yang baik.
Untuk membiarkan otak anak-anak kita berintegrasi, sentiasalah berkomunikasi dengan anak-anak. Sekiranya mereka mempunyai masalah, dengari apa mereka luahkan dan respon dengan bertanya kembali kepada mereka soalan-soalan yang dapat memberi pencerahan kepada masalah mereka. Ibubapa tidak perlu menyelesaikan semua masalah anak-anak mereka, cukup dengan mendorong mereka berfikir di landasan yang betul. Sekiranya mereka mempunyai bimbingan yang betul, anak-anak mampu mengintegrasikan pengalaman dan pengetahuan mereka dan menemukan jawapannya.
AKAN DATANG | Tip #6 hingga #10 | Tunggukan bahagian II-nya ya Jangan lupa bawa anak-anak bermain di taman permainan!