9 BAHAYA GAYA HIDUP MENGGUNAKAN GAJET UNTUK ANAK-ANAK KITA!

Sudah lumrah hari ini, anak-anak kecil semuda 5-6 tahun menggunakan gajet untuk bermain 'games' atau menonton 'YouTube'. Jom sebagai parents, kita ketahui bahaya-bahaya penggunaan gajet keterlaluan atau 'screen time' melampau buat anak-anak kita.

SAHAREN PLAYGROUNDPLAYGROUND SUPPLIER MALAYSIAMALAYSIAN PLAYGROUND DESIGNEROUTDOOR GYM MANUFACTURERMALAYSIAN PLAYGROUND MANUFACTURERPLAYGROUND DESIGNERPLAYGROUND MANUFACTURERPLAYGROUND SUPPLIERPLAYGROUND MALAYSIA

11/15/20232 min read

9 BAHAYA GAYA HIDUP MENGGUNAKAN GAJET UNTUK ANAK-ANAK KITA!


Sudah lumrah hari ini, anak-anak kecil semuda 5-6 tahun menggunakan gajet untuk bermain 'games' atau menonton 'YouTube'. Jom sebagai parents, kita ketahui bahaya-bahaya penggunaan gajet keterlaluan atau 'screen time' melampau buat anak-anak kita:

1. Mempengaruhi postur badan, tulang belakang, leher dan sakit tengkuk

Kanak-kanak apabila terleka, kerap tidak bergerak-gerak kerana khusyuk bermain atau menonton di gajet mereka. Dalam fasa tumbesaran yang mereka alami, adalah amat bahaya sekiranya mereka membongkok dan sakit-sakit badan dari usia muda.

2. Kesakitan pergelangan tangan : 'Carpal Tunnel Syndrome'

Penggunaan jari atau pergelangan tangan dalam postur yang luarbiasa dan pada masa yang panjang boleh mengakibatkan sakit ' Carpal Tunnel Syndrome'. Ini sangat bahaya buat kanak-kanak kerana anggota mereka sangat 'fragile' dan masih membesar!

3. Sakit mata

Mata berair, merah, sukar fokus adalah antara beberapa simptom mereka yang mengalami sakit mata kerana terlalu kerap menghabiskan masa melihat gajet. Kes kanak-kanak memakai kacamata dari usia kecil kerana gajet semakin meningkat kemungkinan mengalami 'myopia' juga adalah tinggi.

4. Sakit kepala

Pendedahan kepada 'screen time' yang melampau boleh mengakibatkan pening kepala kepada kanak-kanak, satu gejala yang biasanya hanya ada pada golongan dewasa!

5. Stres

Kanak-kanak boleh mengalami stres sekiranya masa 'screen time' tidak dijaga. Kesan stres pada kanak-kanak untuk jangkamasa lama akan memberi kesan kepada jantung mereka, tidur, pencernaan dan emosi mereka.

6. Kelesuan

Masa panjang dihabiskan dengan gajet akan melesukan badan dan minda dan akan menambah tekanan kepada otot dan sendi kanan-kanak. Hasilnya, kanak-kanak mudah lesu walaupun tidak bergerak banyak.

7. Pola tidur yang terjejas

Badan yang dibawah tekanan akan mengakibatkan pola tidur seseorang berubah dan kanak-kanak juga boleh terkesan seperti ini. Kualiti tidur yang tidak bagus akan menjejaskan kesihatan kanak-kanak.

8. Obesiti

Kurang aktiviti luar seperti di taman permainan kerana terlalu banyak berada di dalam rumah akan mengakibatkan obesiti di kalangan kanak-kanak. Kes seperti ini sedia meningkat di Malaysia dan seluruh dunia hari ini.

9. Imuniti badan melemah

Kajian oleh London School of Hygiene & Tropical Medicine mendedahkan 92% telefon bimbit mempunyai bakteria, termasuk 16% mempunyai sel E.coli. Bayangkan anak-anak kita terdedah dengan kuman di tangan mereka!

Dan pastilah bermain secara fizikal adalah yang terbaik untuk anak-anak kita, seperti bermain di taman permainan. Selain dapat mengeluarkan peluh, kanak-kanak juga dapat menghirup udara segar dan membina skil komunikasi apabila bermain dengan kanak-kanak lain. Jadi jom kita ke taman permainan berhampiran!

Jika ada rasa artikel ini membantu, share dengan kawan-kawan dan keluarga ya!


sumber: https://www.healthhub.sg/.../9-health-hazards-of...

#playgroundbysaharen
#saharenstructure
#SaharenPlayground
#playgroundmanufacturermalaysia
#trustedplaygroundsets

SAHAREN
STRUCTURE adalah pembuat set alat 'playground' yang telah bertapak lebih sedekad di Malaysia. Hubungi kami di saharenman@gmail.com sekiranya terdapat sebarang enkuiri ya.