Kaitan Tahun Baru Dengan Dewa Janus

Ada fakta-fakta menarik tentang Tahun Baru dengan Dewa Janus yang kita mungkin belum ketahui, jom kita baca untuk lebih lanjut!

SAHAREN PLAYGROUNDPLAYGROUND SUPPLIER MALAYSIAMALAYSIAN PLAYGROUND DESIGNEROUTDOOR GYM MANUFACTURERMALAYSIAN PLAYGROUND MANUFACTURERPLAYGROUND MANUFACTURERPLAYGROUND DESIGNERPLAYGROUND SUPPLIERPLAYGROUND MALAYSIA

11/15/20231 min read

FAKTA MENARIK TENTANG TAHUN BARU YANG MUNGKIN KITA TIDAK KETAHUI:

1. Perayaan Tahun Baru Sudah Wujud Sejak Ribuan Tahun

Julius Caesar, seorang maharaja Rom yang terkenal merupakan orang pertama yang menjadikan 1 Januari sebagai hari cuti di peringkat negara. Julius Caesar menamakan bulan pertama sebagai ‘Januari’ yang bersempena nama Janus iaitu tuhan purba Greek iaitu Tuhan Permulaan, Perubahan, Pintu atau laluan. Janus sendiri digambarkan mempunyai 2 wajah.

2. Orang Amerika Membuat Azam Setiap Tahun Baru

Rakyat Amerika sinonim dengan tradisi membuat azam baru setiap kali menjelang tahun baru. Antara azam yang lazim dibuat ialah menurunkan berat badan, memajukan diri sendiri, berusaha dengan lebih rajin dan mengurus kewangan dengan lebih baik. Menurut kajian, lebih separuh dari rakyat Amerika akan membuat azam tahun baru manakala 25 peratus lagi tidak kerana kecewa dengan azam tahun lalu yang tidak tercapai.

3. Tradisi Makan Sayur di Tahun Baru

Tradisi memakan sayuran hijau dipercayai sebagai tanda untuk menyambut kemakmuran. Tradisi ini juga dikatakan membawa kemakmuran kerana bentuk sesetengah kekacang seperti wang syiling.

4. Jutaan Orang Berhimpun di Times Square, New York City, Amerika Syarikat

Setiap malam tahun baru, Times Square mempunyai tradisi menurunkan ‘Times Square Ball’ yang juga dikenali sebagai ‘the ball drop’ .Biasanya ianya disusuli dengan persembahan muzik dan hiburan.

‘The ball drop’ pertama kali dilakukan pada tahun 1907 kerana pihak berkuasa tempatan melarang penggunaan bunga api waktu itu. Diterangi dengan 100 lampu dan bersaiz 1.5 meter dalam diameter, bola tersebut hari ini bersaiz 3.7m dalam diameter dan menggunakan 32,000 lampu LED.

Hari ini, terdapat pelbagai bandar lain di Amerika yang membuat ‘ball drop’ yang hampir sama.

5. Tampil Dengan Kostum Unik di Jalan-jalan

Perayaan tahun baru yang berlangsung di Parade Mummers, Philadelphia Amerika Syarikat biasanya disambut dengan membuat perarakan menggunakan kostum-kostum di jalanan di tengah-tengah bandar tersebut. Perarakan ini dimulakan sekitar tahun 1650-an dan mempunyai unsur pengaruh dari Jerman, Inggeris, Ireland, Sweden dan Eropah.

#saharenstructure

#playgroundmanufacturermalaysia

#Saharen

#playgroundbysaharen