LIMA (5) CARA MEMBERI MOTIVASI PADA ANAK-ANAK

Pernah tak anda mengalami situasi begini: Anda minta anak anda melakukan sesuatu tapi arahan anda bagaikan tidak diendahkan aje oleh anak anda. Jadi, apa solusinya? Ada tak sesuatu yang anda sebagai 'parent' boleh buat untuk menjadikan mereka mudah mendengar dan memberi tindakbalas pada anda? YA ADA! JAWAPANNYA ialah dengan MEMBERI MOTIVASI KEPADA MEREKA? MACAMANA TU?

SAHAREN PLAYGROUNDPLAYGROUND SUPPLIER MALAYSIAMALAYSIAN PLAYGROUND DESIGNEROUTDOOR GYM MANUFACTURERMALAYSIAN PLAYGROUND MANUFACTURERPLAYGROUND DESIGNERPLAYGROUND MANUFACTURERPLAYGROUND SUPPLIERPLAYGROUND MALAYSIA

6/20/20232 min read

LIMA (5) CARA MEMBERI MOTIVASI PADA ANAK-ANAK
..
..
Pernah tak anda mengalami situasi begini: Anda minta anak anda melakukan sesuatu tapi arahan anda bagaikan tidak diendahkan aje oleh anak anda. Jadi, apa solusinya? Ada tak sesuatu yang anda sebagai 'parent' boleh buat untuk menjadikan mereka mudah mendengar dan memberi tindakbalas pada anda? YA ADA! JAWAPANNYA ialah dengan MEMBERI MOTIVASI KEPADA MEREKA? MACAMANA TU?
.
1. MEMBERI GANJARAN
.
Ini antara yang paling banyak dan paling mudah dilakukan oleh mana-mana ibubapa. Jika anak-anak anda selesaikan sesuatu, anda pasti akan berikan mereka 'hadiah' atau sesuatu sebagai balasannya. YA, tindakan ini mungkin hanya akan memberi hasil yang 'sementara' namun apabila ianya telah sinonim dengan tingkahlaku seharian di rumah, mereka akan membesar dengan menyelesaikan sesuatu yang disuruh walaupun tanpa sebarang ganjaran.
.
2. BERBUAL DENGAN MEREKA
.
Berbuallah dengan mereka seperti orang dewasa kerana ianya membuatkan mereka lebih berfikir seterusnya menghubungkan sel-sel otak mereka dengan lebih aktif. Perbualan yang kerap antara ibubapa dan anak-anak menerusi kajian Dr Deci dari University of Rochester menunjukkan ianya meningkatkan motivasi anak-anak secara intrinsik, menyebabkan mereka lebih pandai menilai baik buruk dalam sesuatu situasi serta dapat memahami mengapa ibubapa meminta mereka membuat sesuatu.
.
3. MENERIMA SEADANYA SEBARANG KEKURANGAN
.
Melatih anak-anak menerima sebarang kekurangan pada diri mereka akan menyebabkan mereka faham akan diri mereka seterusnya tidak mudah dipatahkan semangat sekiranya diejek atau diperkecilkan rakan sebaya atau orang lain. 'In denial' adalah sesuatu yang perlu dijauhi kerana ianyanya merugikan anak-anak tersebut dengan menafikan sesuatu yang telah terang dan nyata.
Menerima kekurangan sejak usia muda akan melatih anak-anak menumpukan kekuatan diri kepada kelebihan-kelebihan mereka.
.
4. JANGAN LOKEK DENGAN PENGHARGAAN
.
Puji dan puji sekiranya mereka melakukan sesuatu denga betul. Perasaan dihargai dan dipuji oleh ibubapa dapat memberikan kesan yang sangat positif dalam tumbesaran anak-anak. Pernah dengar ungkapan 'Kurang kasih sayanggg la tuuu' oleh netizen pada kelakuan-kelakuan buruk sesetengah orang di media sosial?
.
5. TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK
.
Melatih anak-anak untuk melakukan sesuatu hendaklah ditunjukkan secara contoh oleh ibubapa. Sebagai contoh ibu meminta ayah membantunya menguruskan baju di mesin basuh. Ayah yang menunjukkan contoh baik akan bingkas bangun membantu ibu. Anak-anak yang memerhatikan akan mudah faham dan pantas mengikut sekiranya mereka pula diminta tolong oleh ibu.
.
.
Bermanfaat? Jom kongsikan! Ikuti Saharen Structure Sdn Bhd untuk lebih banyak tips positif dan keibubapaan!
.
#playgroundmanufacturermalaysia
#playgroundbysaharen
#saharenstructure
#Saharen
#CHILDRENPLAYAREA