Tahukah anda? Had masa gajet untuk anak kecil adalah 1 Jam sahaja!

KANAK-KANAK tidak fokus dalam pembelajaran kerana asyik dengan gajet bukan sesuatu isu yang baharu. Malah, ada juga ibu bapa 'mendidik' anak mereka untuk berkelakuan baik dengan menyogokkan gajet.

SAHAREN PLAYGROUNDPLAYGROUND SUPPLIER MALAYSIAMALAYSIAN PLAYGROUND DESIGNEROUTDOOR GYM MANUFACTURERMALAYSIAN PLAYGROUND MANUFACTURERPLAYGROUND DESIGNERPLAYGROUND MANUFACTURERPLAYGROUND SUPPLIERPLAYGROUND MALAYSIA

11/15/20231 min read

KANAK-KANAK tidak fokus dalam pembelajaran kerana asyik dengan gajet bukan sesuatu isu yang baharu. Malah, ada juga ibu bapa 'mendidik' anak mereka untuk berkelakuan baik dengan menyogokkan gajet.

Pensyarah Kanan Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nellie Ismail berkata, ibu bapa seharusnya mempunyai ilmu untuk membantu perkembangan anak dari segi kognitif dan tingkah laku dengan cara yang boleh memberi kesan positif kepada mereka untuk jangka panjang.

Jelasnya, kekerapan menggunakan gajet akan menjejaskan kefungsian otak kanak-kanak yang akhirnya memberi kesan negatif kepada perkembangan kognitif mereka.

"Kanak-kanak akan mengalami masalah untuk menumpukan perhatian dan gangguan dalam pembelajaran. Selain itu, ketagihan terhadap gajet juga menjadikan kanak-kanak kurang berinteraksi dengan ibu bapa dan adik-beradik lain."

"Pertuturan kanak-kanak menjadi lemah jika mereka kurang berinteraksi dengan ahli keluarga sendiri. Keadaan ini secara tidak langsung akan menjejaskan perkembangan sosial kanak-kanak kerana mereka tidak pandai untuk bergaul dan berinteraksi dengan orang di sekeliling," katanya.

Tambahnya, kanak-kanak yang mengalami ketagihan gajet terdedah kepada masalah penglihatan seperti rabun silau kerana menggunakan gajet dalam tempoh lama.

Jelasnya lagi, had masa yang sesuai untuk kanak-kanak yang berumur dua hingga lima tahun menggunakan gajet hanya satu jam sehari.

Selain itu, katanya lagi, bagi mengelakkan anak ketagih untuk menggunakan gajet, cuba luangkan masa bersama anak dengan melakukan aktiviti yang menarik seperti bermain 'board games', bersukan atau beriadah di taman permainan.

- Dr Nellie Ismail, UPM

sumber asal: Harian Metro

#saharen

#playgroundbysaharen

#saharenstructure

#playgroundmanufacturer

#playground