Teruja pakai kostum hantu? Ini fakta yang perlu anda tahu tentang Halloween
MALAYSIAN PLAYGROUND DESIGNERPLAYGROUND SUPPLIER MALAYSIASAHAREN PLAYGROUNDOUTDOOR GYM MANUFACTURERPLAYGROUND MANUFACTURERPLAYGROUND MALAYSIAMALAYSIAN PLAYGROUND MANUFACTURERPLAYGROUND SUPPLIERPLAYGROUND DESIGNER
10/17/20242 min read


Tahukah anda apa sebenarnya Halloween dan kenapa ia disambut?
Halloween ialah suatu tradisi perayaan malam pada setiap 31 Oktober di sebilangan besar negara-negara dunia, terutamanya di negara-negara Barat.
Berasal dari perkataan Hallowe'en, ia merupakan kependekan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow) iaitu hari kebesaran Katolik, Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan pada 1 November.


Kanak-kanak akan memakai kostum pelik dan berjalan dari pintu ke pintu untuk mendapatkan gula-gula sebagai hadiah.
Malah ia pernah dikenali sebagai All Hallows' Day, iaitu singkatan dari All Hallowed Souls.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti 'orang kudus'. Hari Para Orang Kudus ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian pada masa sama digelar sebagai Hari Para Mendiang (Day of the Dead) iaitu meraikan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat yang kembali ke bumi.
Beberapa teori wujud berkenaan asal usul perayaan ini, satu teori ialah Halloween berasal dari orang Celt di Ireland, Britain dan Perancis sebagai tradisi paganisme perayaan musim tuai (Samhain).
Selain itu, ada juga teori bahawa perayaan Celt ini mengalami pengkristianan, tetapi ada juga yang menganggap Halloween sendiri ialah perayaan Kristian yang terpisah.
Pada abad ke-19, orang Ireland dan Scotland membawanya ke Amerika Utara, sebelum tersebar ke peringkat antarabangsa pada zaman berikutnya.


Halloween juga dikenali sebagai pesta hantu.
Halloween biasanya dikaitkan dengan hantu, ahli sihir, syaitan, goblin dan makhluk-makhluk ghaib lain kebudayaan barat.
Ia disambut dengan menghiasi rumah dengan simbol-simbol Halloween seperti berpakaian kostum dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dengan meminta gula-gula atau coklat sambil berkata 'trick or treat!' (helah atau habuan).
Selain itu, budaya-budaya Halloween lain termasuk ukiran jack-o-lantern, penyalaan unggun api, melakukan jenaka Halloween dan menonton filem-filem seram.
Di samping itu, ibadat dan upacara keagamaan Kristian turut diamalkan sebilangan pihak sempena sambutan ini seperti menghadiri upacara gereja dan melawat kubur-kubur si mati serta berpuasa, sementara pihak lain menganggapnya sebagai perayaan sekular.
Di era moden ini, kebanyakan negara sudah mula menyambut dan meraikan pesta Halloween.
Malah, selain Korea Selatan, tahun ini menyaksikan Indonesia dan Riyadh, Arab Saudi yang turut mengadakan pesta seumpamannya dengan memakai pakaian seram di Boulevard.
Sumber asal: MStar.my
#Saharen
#SaharenStructureSdnBhd
#playgroundmanufacturer
#playgroundsupplier
#halloween
#halloween2024