TUJUH (7) ‘GAMES’ YANG BAIK UNTUK ANAK-ANAK ANDA!

Ada ke 'games' yang sesuai untuk anak-anak? Mari lihat blog post ni untuk ketahui lebih lanjut!

SAHAREN PLAYGROUNDPLAYGROUND SUPPLIER MALAYSIAMALAYSIAN PLAYGROUND DESIGNEROUTDOOR GYM MANUFACTURERPLAYGROUND MANUFACTURERPLAYGROUND DESIGNERMALAYSIAN PLAYGROUND MANUFACTURERPLAYGROUND SUPPLIERPLAYGROUND MALAYSIA

admin

11/14/20231 min read

TUJUH (7) ‘GAMES’ YANG BAIK UNTUK ANAK-ANAK ANDA!
..
..
Tahukah anda bahawa otak anak anda 90% berkembang ketika berusia 5 tahun? Sekiranya kita sebagai ibubapa masih belum menerapkan pembelajaran awal ketika ini. takut-takut anak kita akan ketinggalan dengan rakan sebaya mereka!

Tapi pembelajaran bukanlah semata-mata buku dan aktiviti membosankan aje! Tahukah anda ada 7 ‘games’ yang mampu mengasah ‘Executive Function Skills’ mereka? Kekal fokus, mampu mengawal tindakbalas, daya memori dan mampu merancang dengan baik adalah antara skil EF yang boleh diasah dari ‘games’ ini!
.
.
1. MEMBINA BLOK - Permainan ini melibatkan anak-anak anda mengenal saiz, berat, keseimbangan dan reka bentuk mengikut kreativiti mereka. Cukup baik dalam merangsang daya kreativiti anak-anak.
.
2. PUZZLE - Permainan seperti ‘jigsaw puzzle’ selain memberi latihan kesabaran kepada anak-anak anda, ia juga menjanjikan ‘reward’ sekiranya mereka menyelesaikan sesuatu ‘task’ dan pelajaran ini amatlah penting.
.
3. ROLEPLAY - Main cikgu-cikgu, main masak-masak, main doktor-doktor, semuanya merangsang daya kreativiti dan imaginasi mereka
.
4. CARI BENDA TERSEMBUNYI - Mengasah daya memori mereka, ia juga meningkatkan tahap fokus serta ketajaman minda mereka
.
5. BERMAIN MAZE - Ianya melatih anak-anak untuk bersabar dalam mencari penyelesaian dan disamping menyeronokkan, ia juga membantu anak-anak dalam skil motor halus mereka ketika berfikir untuk mencari jalan yang betul
.
6. PENCERITAAN - bercerita dari buku akan melatih anak-anak MENDENGAR dan melatih daya imaginasi mereka. Carilah buku-buku yang menyeronokkan dan membaca bersama mereka!
.
7. AKTIVITI FIZIKAL - aktiviti riadah terbukti banyak memberi kesan positif kepada tumbesaran anak-anak. Selain menyihatkan. ianya melatih deria motor serta deria rasa mereka serta membantu dalam skil komunikasi mereka. Bawalah mereka ke taman permainan!
.
Sekiranya anda rasakan bermanfaat, kongsikan di wall FB anda agar lebih ramai mendapat manfaatnya!
.
.
sumber: theasianparent.com
.
#saharenstructure
#playgroundbysaharen
#childrenhealthcare
#playgroundmanufacturermalaysia