Jom kita sambung bahagian kedua dari 10 TIPS MENJADI IBUBAPA CEMERLANG ya! Untuk yang terlepas bahagian pertama, bolehlah klik disini untuk membaca ya :
Ok, kita teruskan dengan tips #06 sehingga #10 ya!
TIPS #06 - Cerminkan dengan zaman kita sendiri
Kebanyakan dari ibubapa hari ini ingin mendidik anak-anak mereka sedikit atau lebih berbeza dengan cara mereka sendiri dididik sewaktu kecil. Namun, apabila ibubapa ini memulakan sesuatu tindakan, ianya akan mirip kembali kepada apa yang ibubapa kita lakukan kepada kita dahulu.
Cuba fahami apa yang ibubapa kita lakukan kepada kita dan cuba ‘improve’ dari situ. Perubahan cara didikan yang terlalu drastik juga perlu dilakukan secara berhati-hati. Jangan mudah mengalah sekiranya cara didikan kita tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka.
TIPS #07 - Beri perhatian kepada kesihatan SENDIRI
Kesihatan ibubapa juga adalah penting, baik dari segi fizikal mahupun mental. Sekiranya ibubapa mempunyai kesihatan yang baik, mereka mampu menjaga keharmonian keluarga di rumah dengan baik dan sekiranya ibubapa kerap tertekan dengan masalah mental kerja di pejabat contohnya atau kerap jatuh sakit, pergaduhan mungkin akan berlaku dan ini akan memberikan impak kena anak-anak di rumah.
TIPS #08 - Jangan pukul walau apa pun terjadi
Memukul anak dalam mengajar sememangnya mampu mengubah tindakan dan sikap anak-anak untuk jangka masa yang cepat namun kesannya anak-anak hanya akan takut kepada tindakan menghukum dari ibubapa dan tidak memahami sebab atau punca dia dipukul. Iya, ianya memberikan kelegaan sementara kepada ibubapa namun impak jangka masa panjangnya lebih buruk. Anak-anak akan diajar untuk melakukan kesalahan secara bersembunyi agar tidak di’kantoi’kan ibubapa.
Anak-anak juga akan diajar bahawa dengan menggunakan kekerasan fizikal, masalah harian mereka boleh diselesaikan. Sebaiknya, ibubapa ambillah langkah dengan menasihati mereka secara baik dan menerangkan dengan bahasa yang mudah mengapa kesalahan mereka tidak wajar dilakukan.
TIPS #09 - Sentiasa mengingati matlamat sebagai ibubapa
Tiada ibubapa yang tidak mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Sekiranya anda merupakan ibubapa yang sibuk bekerja pada waktu siang dan kepenatan di waktu malam, usahakan masa kualiti bersama anak-anak supaya mereka tidak rasa diabaikan. Ingatlah peranan ibubapa bukanlah sekadar menyediakan keperluan material sahaja buat mereka, namun memberi perhatian dan meluangkan masa bersama mereka juga adalah tanggungjawab ibubapa. Luangkan masa bersama mereka di ‘playground’ atau bermainlah bersama mereka.
TIPS #10 - Ambillah jalan pintas!
Dengan jalan pintas bukanlah mengambil jalan cepat yang mengabaikan anak-anak atau membuat sesuatu sambil lewa. Maksud ‘jalan pintas’ disini ialah membuat pengajian dan pembacaan yang mendalam tentang isu-isu keibubapaan dalam dunia ‘world without borders’ hari ini. Banyak artikel yang diterbitkan diseluruh dunia yang mengkaji tumbesaran anak-anak dan cara didikan yang terbaik buat mereka. Bidang keibubapaan atau ‘parenting’ merupakan salah satu bidang yang paling banya dikaji di dunia. Bacalah dan manfaatkan buat keluarga anda!
So macamana dengan 10 tips yang kami kongsikan untuk jadi IBUBAPA CEMERLANG? Kalau ok, jemputlah kongsikan ya?